Misteri Tasik Dayang Bunting Langkawi
Assalamualaikum wbt.. Hi semua. π
Kali ni cik tiqa nak kongsikan kisah mengenai Tasik Dayang Bunting, Langkawi. Saya percaya, setiap orang pasti ada kisah yang tersendiri dengan tasik ni kan? So, ni lah yang cik tiqa nak story pengalaman saya dan suami.. Tak tahu la pengalaman saya ni seram ke apa. HAHAHAAHA.. OK, Sila baca sampai habis ye kalau nak tahu apa yang terjadi pada kami berdua.. π€£
Sebelum saya ceritakan kisah apa yang terjadi, disini saya kongsikan beberap beberapa kisah/mitos/kepercayaan mengenai Tasik Dayang Bunting.
Sebelum saya ceritakan kisah apa yang terjadi, disini saya kongsikan beberap beberapa kisah/mitos/kepercayaan mengenai Tasik Dayang Bunting.
1.Tempat mencuba nasib bagi bakal-bakal ibu
Ada dakwaan mengatakan kononnya air Tasik Dayang Bunting ni boleh membantu kaum wanita untuk hamil. Iaitu dengan cara meminum air kat tasik tu.. Aduh, mana datang la ni.Nasihat saya, jangan la minum, geli kot kencing tikus ,kencing orang..ππ Lagipun,kita selaku umat islam tidak boleh berpegang atau bergantung pada kepercayaan yang nyata menyesatkan ni, ini boleh menjadikan seseorang syirik. Nauzubillah. Dosa besar tau.
2.Hikayat Mambang Sari
Ada juga dakwaan yang pulau ni mendapat nama daripada kisah dongeng kerana pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita penyakit misteri,Mambang Sari kemudian meletakkan anaknya di tasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Ni kisah orang dulu-dulu la..
Ada juga dakwaan yang pulau ni mendapat nama daripada kisah dongeng kerana pulau ini seimbas lalu menyerupai dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya. Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita penyakit misteri,Mambang Sari kemudian meletakkan anaknya di tasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting. Ni kisah orang dulu-dulu la..
3.Angka kematian lemas yang tinggi
Ni memang fakta. Boleh dikatakan hampir setiap tahun akan ada kes lemas di sini. Dan rata-rata mangsa lemas adalah mereka yang tahu berenang.Ramai dah jadi mangsa, Jadi nasihat cik tiqa, sentiasalah mengutamakan keselamatan. Pakai life jacket bila disana,
Kedalaman nya memang dalam, kalau pandang ke bawah memang tak nampak dasarnye tu! Cik tiqa gayat tengok dasar tu..Seram. Seeloknya, lebih baik pakai life jacket ye. Kerana mencenggah itu adalah lebih baik. Untuk pengetahuan, kedalaman tasik ini lebih dari 10 meter, maka janganlah terjun sebarangan. OK?
4.Kisah Misteri yang kami alami di Tasik Dayang Bunting
Okay lah, so apa kena mengena dgn kisah seram saya kan?Pengalaman ni memang sampai bila-bila saya tak kan lupa kan. Pertama kali cik tiqa dan suami jejak ke Tasik dayang bunting adalah pada Hari Lahir aku 27.12.2018, time ni cik tiqa pengantin baru lagi. Berhoneymoon la konon.. hehe..Macam-macam aktiviti buat, berenang la, kayuh itik la... so sweet.. Memang tiap aktiviti suami saya yang comel akan rekod. And last aktiviti kami adalah kayak... Waktu husband sibuk rekod.... tiba-tiba ada sesuatu yang tak diduga. Kitorang berdua terkejut dan saling bertentang mata. Allahu.. Cik tiqa tak tahu nak buat apa, cuma terdiam seketika dan toleh ke suami. "Apa benda tu yang". Soalan aku seakan tak percaya dengan apa yang baru terjadi.
"PLUP"! Begitu pantas terjadi weh.. Rupanya handphone suami yang lemas. Memang tak dapat diselamatkan. Saat tu suami nak turun, tapi aku tak bagi. Handphone boleh beli, nyawa tiada ganti. Alhamdulillah, kami biarkan handphone berlalu pergi. Maka berputih mata la en. Suami. Hilang terus semua gambar/video kenangan sepanjang honeymoon kami..
Sadis dan misteri kan? HAHHAHAHAHAHA.. Bukan sahaja telan nyawa je Dayang Bunting ni. Handphone juga. π
Ni view pulau dayang bunting. Memang kelihatan seolah-olah wanita hamil yang sedang berbaring |
Muka En. Suami setelah handphone nye bersama Dayang bunting. π |
Saya harus tabah. Yosh!! |
Cik tiqa & suami. Suami belanja senyum kelat dia.. HAHA..benda dah jadi, hanya mampu gelakkan dia. π€£ |
Ice-cream roll for husband yang sedang berduka |
Apa pun, cuma nak pesan jaga keselamatan diri serta awasi barangan anda ketika berada di sana. Dan jaga adab apabila berada di tempat orang,OK π. semoga Allah sentiasa lindungi kita semua.
Thanks pada yang sudi membaca.
Comments